Perantisiswa | Kementerian sedia perluas skim perantisiswa

2022-04-26 0

Tan Sri Annuar berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedia memperluas pemberian bantuan perantisiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar golongan B40 di institusi pendidikan, selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, beliau berkata, terdapat permohonan yang dihantar daripada pelajar insititusi di bawah kementerian lain.